Bawa Viva sepupu lawan arus


  • 112
  • Rabu, 08 Sep 2021

TANGKAP layar video yang tular menunjukkan sebuah kereta Viva dipandu melawan arus di Johor Bahru. — Facebook

PEMANDU kereta Perodua Viva berwarna perak yang tular dalam media sosial kerana memandu melawan arus ditahan oleh pihak polis.

Dalam kejadian tersebut, itu pemandu yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun, dipercayai memandu secara melawan arus di bulatan Medini dekat Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar, lelaki itu ditahan pada 5 petang semalam di Balai Polis Trafik Gelang Patah selepas diminta hadir memberi keterangan.

"Hasil risikan yang dijalankan mendapati individu terbabit membawa kereta milik sepupunya pada hari kejadian.

"Pemilik kereta itu diminta hadir ke balai polis trafik dan memberitahu bahawa sepupunya membawa kenderaan miliknya ketika kejadian, individu (pemandu) terbabit kemudian diminta hadir untuk diambil keterangan dan memberikan alasan bahawa keliru dengan jalan bulatan tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, individu tersebut juga mengaku memandu secara menyonsang arus yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya serta pengguna jalan raya yang lain.

Dzulkhairi bagaimanapun berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati individu terbabit negatif dadah.

"Pihak polis turut mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan itu atas kesalahan membenarkan individu memandu tanpa lesen.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Terdahulu, video berdurasi 17 saat tular dalam media sosial yang memaparkan sebuah Perodua Viva berwarna perak dipandu melawan arus

Video itu dipercayai dirakam pengguna lebuh raya lain sebelum ia dimuat naik dalam Facebook. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram