SERAMAI 22 ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Sakai' mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.
Kesemua mereka didakwa atas pertuduhan menganggotai kumpulan tersebut di antara Januari 2015 dan Jun 2021.
Semua tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Mereka ialah Rosli Sahak (dipercayai ketua kumpulan itu yang digelar Sakai), A. Ravindran, A. Uthayakumar, S. Sathiaseelan, T. Kumar, A. Kumaresan, N. Tanasilan, Thirumal Raj, M. Darshan, A. Dineswaran, S. Mohanraj dan R. Nantha Kumar.
Tertuduh lain ialah S. Gobinath, M. Ravishankar, M. Thinesh, N. Tannish, S. Sagadevan, Mohamad Faisal Mohamad Sharif, Sukhdave Singh Jesvir Singh, R. Logeswaran, R. Tannesh dan A. Jayaprakash.
Semua tertuduh yang berusia antara 18 dan 47 tahun difahamkan melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, Kuala Lumupur antara Januari 2015 dan Jun 2021.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Manaff, Nur Ainaa Ridzwan dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh
Manakala 17 tertuduh diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan, Datuk T. Harpal Singh, Datuk Geethan Ram Vincent, Revin Kumar, Mahajoth Singh, Wan Zaleha Abdul Wahab, Naizatul Zambrina Karizaman, Jay Moy Wei Jiun, Jayarubbiny, P. Taneswaran serta K. Komaga,
Lima tertuduh lagi tidak diwakili peguam.
Pengurusan kes di tetapkan Hakim Sequerah pada 22 Okt depan. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram