RAKAMAN detik mencemaskan seorang penunggang motosikal berdepan lori hilang kawalan di lebuh raya dekat susur keluar Shah Alam, Selangor menarik perhatian warga netizen.
Dalam video berdurasi 2 minit 54 saat itu, sebuah lori dilihat yang dipandu laju telah hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
Video tersebut dirakam oleh penunggang motosikal itu yang lega kerana terselamat daripada mangsa dalam insiden tersebut.
Dia berkongsi video itu dalam satu hantaran di laman sosial Facebook milik pemilik akaun, Bakti Kebokta yang mendapat lebih 78,000 tontonan dan lebih 1,900 tanda suka.
Dalam hantaran itu, Bakti Kebokta menzahirkan rasa kesyukuran kerana sempat menekan brek semasa kejadian itu berlaku dihadapan matanya.
Tulisnya,"Alhamdulillah, Allah masih sayang dan beri peluang. Kejadian pagi ini sebelum susur keluar Shah Alam.
"Seperti mahu tercabut jantung menekan brek motosikal. Semoga semua berhati-hati di jalan raya," kongsinya.
Status video itu turut mendapat komen daripada lebih 300 pengguna.
Rata-ratanya, turut terkejut dengan kejadian itu da bersyukur kerana lori berkenaan tidak melanggar mana-mana kenderaan lain.
Ada juga yang mendakwa kejadian seumpama itu sering berlaku apabila lori menekan brek kecemasan atau kemungkinan breknya tersangkut.
Terdapat pemilik akaun Facebook juga yang berkongsi gambar keadaan lori itu.
GAMBAR ini dikongsi dalam komen di status Bakti Kebokta oleh salah sorang pengguna Facebook.— Facebook
Dalam gambar itu kelihatan cermin hadapan lori berkenaan telah pecah, namun tiada kelibat pemandu yang kelihatan.
Netizen turut mendoakan keselamatan pemandu lori berkenaan dan berharap dia tidak mengalami kecederaan yang serius.
Tiada sebarang kenyataan dari pihak polis yang dikeluarkan berhubung perkara berkenaan setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram