SATU video tular di media sosial memaparkan rakaman kamera sebuah kereta yang dipandu laju sebelum terbabas di laluan lebuhraya di Pahang baru-baru ini.
Dalam video berdurasi 23 saat itu, kereta berjenama Porsche itu memecut laju di lorong kanan dan kemudiannya menukar laluan ke sebelah kiri sebelum terbabas.
Video berkenaan turut menunjukkan cuaca pada ketika itu tiba-tiba hujan lebat mengakibatkan kereta tersebut sukar dikawal.
Rakaman insiden membabitkan kereta tersebut. — Facebook Info Apa Hari Ini
Beberapa netizen mempersoalkan tindakan pemandu terbabit yang memandu terlalu laju.
"Kenapa anda memandu terlalu laju? Ia sangat tidak selamat," kata seorang pengguna Facebook, Ikhsan Busari.
"Patut perlahankan kelajuan," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Hulwan Mukhlis.
"Di mana-mana pun akan ada bahaya. Jadi berhati-hatilah, berfikir dahulu sebelum mengambil keputusan," menurut pengguna Facebook, Asrul Nong.
Keadaan sebenar pemandu itu bagaimanapun tidak diketahui. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram