Dua saksi penting kes pukul, bakar dicari


  • 112
  • Selasa, 21 Sep 2021

GAMBAR dua saksi penting yang dicari oleh pihak polis. — Bernama

POLIS sedang mengesan dua saksi penting dalam perbicaraan kes jenayah di Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan seorang lelaki tempatan yang cedera parah akibat dipukul dan dibakar sehingga meninggal dunia pada 2 September 2019.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dalam satu kenyataan berkata, dua saksi berkenaan ialah Rusdin Razali, 23, dan Mohd Saiful Anuar Yaccob, 39.

Beliau berkata, lelaki yang dipukul dan dibakar itu meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan suspek yang didapati terlibat sudah ditangkap serta didakwa di mahkamah.

Alamat terakhir Rusdin Razali adalah di Taman Harmoni Indah, Balakong, Selangor manakala Mohd Saiful Anuar Yaccob pula di Pangsapuri Sri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan saksi tersebut atau mereka sendiri tampil ke mahkamah pada perbicaraan kes itu yang ditetapkan 23 dan 24 September serta 11 dan 12 Oktober depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, saksi, bakar, pukul, Mohd Zaid Hassan