TIDAK berpuas hati dengan ketegasan polis dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang termasuk sekatan jalan raya menjadi punca seorang penganggur bertindak membakar pondok bit polis berhampiran Pasar Jelawat, Bachok, di Kelantan, Sabtu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata pengakuan lelaki berusia 34 tahun itu diperoleh selepas dia ditahan di rumahnya pada 7.30 pagi Selasa.
Beliau berkata lelaki itu merupakan suspek keempat ditahan pihaknya bagi membantu siasatan kes tersebut namun siasatan kini ditumpukan terhadapnya berikutan pengakuan itu.
"Ketika melakukan tindakan khianat itu, suspek (penganggur) menggunakan sebuah motosikal berwarna merah namun semasa ditahan, warna motosikal itu didapati telah bertukar kepada kuning.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dengan kejadian itu kerana tidak puas hati terhadap pihak polis selain melakukannya selepas dihasut dan dicabar oleh rakan-rakan supaya membakar pondok bit polis tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok pada Rabu.
Shafien berkata lelaki itu yang didapati positif terhadap dadah kini direman enam hari bermula Selasa untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini tular di media sosial video seorang individu tidak dikenali cuba membakar sebuah pondok polis dipercayai di Kelantan.
Video 43 saat tersebut menunjukkan seorang individu tiba ke di pekarangan balai polis di Jelawat dengan menaiki motosikal.
Suspek kemudian dilihat membongkok kemudian menyalakan api sebelum lari meninggalkan kawasan terbabit apabila api mulai marak.
Pondok polis serta kawasan terbabit bagaimanapun dilihat sunyi tanpa kehadiran orang lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram