Lawan arus terus ‘makan orang’


  • 112
  • Ahad, 12 Sep 2021

KEMALANGAN berlaku mengorbankan dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun

TINDAKAN seorang pemandu melawan arus berakhir dengan tragedi apabila dua mangsa terbunuh dalam kejadian di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya terima panggilan pada jam 1.51 pagi dan mengambil masa tujuh minit untuk tiba di lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki secara melawan arus bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback.

"Akibat perlanggaran itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira Aeroback, seorang perempuan yang juga pemandu bersama seorang penumpang lelaki di bahagian hadapan tersepit.

"Bomba mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mangsa, Nur Afiqah Abdul Karim, 18 tahun dan Muhammad Hafiz Syamira Dzul Asri, 19 tahun masing-masing beralamat di Klang dan Pelabuhan Klang.

"Pemandu Mitsubishi Triton berusia 24 tahun tidak mengalami secara kecederaan," katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat membabitkan sepasukan lapan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, diketuai Komander Operasi Kanan, Kamarul Zaman Abd Rani.

Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. — Berita Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kemalangan, lawan arus, triton, aeroback