Belum fasa endemik, rakyat sudah bersuka-ria berkelah


  • Tular
  • Ahad, 12 Sep 2021

VIDEO memaparkan orang ramai bersantai di pantai seolah tiada virus Covid-19.— Facebook

MUNGKIN ramai yang masih belum dapat untuk membayangkan bagaimana kehidupan dalam fasa endemik yang dijangka bermula pada Oktober depan.

Bagaimanapun, video yang dikongsi dalam satu hantaran Facebook oleh Muhd Amirul Mukminin memaparkan bayangan kehidupan masyarakat yang bakal hidup bersama-sama virus Covid-19.

Menerusi video berdurasi 1 minit 7 saat itu, Muhd Amirul menyatakan kapsyen barbaur sindiran yang mengatakan bahawa Malaysia dalam cubaan memasuki fasa endemik.

Video itu memaparkan kemeriahan di sebuah pantai rekreasi yang dikunjungi orang ramai pada Sabtu.

Rata-rata orang di sana berkelah santai sambil makan di kawasan rumput lapang berdekatan pantai dan berekreasi seolah-olah virus Covid-19 tidak wujud.

Malah, mereka bukan sahaja berkumpul malah ada diantara mereka yang bermain bersama anak-anak dan menjamu selera di kedai makan sekitar pusat rekreasi itu.

Hantaran itu mendapat respon pelbagai daripada warga netizen yang menghantar lebih 230 komen dan juga 371 tanda reaksi.

Seorang pengguna akaun, Iera Zafiera Dixon Out'Lett, memberi nasihat secara umum supaya masyarakat menjaga diri dari Covid-19 merupakan kesedaran dan tanggungjawab masing-masing.

Dai juga berkongsi tentang beberapa kes yang berlaku termasuk kejadian yang menimpa penyanyi Siti Sarah.

"Atas kesedaran dan tanggungjawab masing-masing. Kalau rasa sayang diri, anak-anak, Dan keluarga yang lain, elakkan.

"Tengok macam yang viral baru-baru ini, lima beradik yatim piatu selepas ibu bapa meninggal sebab Covid-19. Mula-mula tengok pakcik iuu menangis sampai lemah kaki tidak boleh berdiri semasa van jenazah bawa arwah isteri dia. selepas beberapa hari, pakcik tu pula menyusul. Tinggal anak-anak yang masih kecil. sedih. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan tu.

"Tidak mustahil apa yang berlaku pada mangsa-mangsa Covid-19 terjadi pada diri kita. Macam mana keadaan anak-anak kita kalau dalam sekelip mata kita tinggalkan mereka.

"Contoh jelas dan yang semua orang tahu.. seperti arwah Siti Sarah. Padahal sebelum itu arwah siap masak dan gelak-gelak lagi.. tiba-tiba apa terjadi.

"Yang terkena jangkitan Covid-19, yang kematian ahli keluarga pun tidak terfikir akan terima nasib yang sama macam orang lain yang sudah terkena sebelum itu.

"Macam kita jugak...tengok orang.. tiba-tiba jadi pada diri sendiri. sanggup ke tanggung semua itu.

"Sama-sama kita muhasabah diri.. Semoga Allah pelihara kita. Dan para malaikat sentiasa melindungi Kita," kongsinya

komen iera

Ada juga pengguna yang memberi komen bahawa dia turut berada di taman itu semasa video berkenaan dirakam.

Kome itu dikongsi oleh pemilik akaun Muhd Ashraff yang memberitahu perkara itu tidak menjadi masalah sekiranya orang ramai menjaga penjarakan sosial dan menjaga prosedur operasi standard (SOP).

"Aku ada dalam video Itu. jaga diri sendiri, jangan dekat dengan orang, sanitasi selepas pegang atau duduk, jaga SOP tiada masalah rasanya," tulisnya.

komen amirul

komen wan

Tidak ketinggalan ada juga pengguna yang menyokong sindiran Muhd Amirul dan menyatakan bahawa rakyat Malaysia ini takut sekolah mahu dibuka tetapi tidak takut membawa anak bersantai di pantai.

"Sekolah nak buka takut. Lepak santai kat pantai tak takut pula," komen Wan Hasrul.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

endemik, SOP, Covid-19, berkelah, santai