SATU video tular di platform media sosial dengan dakwaan berlaku ‘double standard’ membabitkan golongan VIP yang diberi kebenaran masuk ke dalam masjid bagi menunaikan solat Jumaat meskipun lewat tiba di masjid.
Daripada apa yang dipaparkan, individu yang merakam seakan cuba menimbulkan persoalan apakah syarat kebenaran masuk ke masjid semasa pandemik.
Ini kerana, video itu menunjukkan kehadiran dan kebenaran diberikan kepada VIP yang dikatakan hadir lebih lewat berbanding jemaah lain yang terdiri daripada orang kebiasaan.
RAKAMAN video memaparkan seorang VIP dibenarkan masuk menunaikan solat Jumaat meskipun lewat tiba di masjid.
Sejurus VIP dibenarkan masuk, petugas masjid yang tidak dapat dipastikan lokasinya segera menutup pagar dan memaksa jemaah lain kekal berada di luar pagar.
Bagaimanapun, kualiti video yang tular itu tidak begitu baik dan kurang jelas siapakah VIP yang dimaksudkan.
Yang jelas, klip video berkenaan jelas menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang disifatkan berlaku double standard.
Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sektor sosial (Aktiviti masjid dan surau) Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang dikemaskini 3 September lalu, kapasiti dibenarkan adalah mengikut kapasiti masjid atau surau dengan penjarakan tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
Waktu kehadiran juga ditetapkan sebelum masuk hingga selesai solat. – Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram