Dua maut, seorang parah bertembung kereta buat pusingan U


  • 112
  • Sabtu, 11 Sep 2021

DUA lelaki meninggal dunia dalam nahas melibatkan tiga buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 87, Jalan Kota Bharu- Machang-Gerik.

DUA lelaki meninggal dunia manakala seorang lagi parah selepas berlanggar dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 87, Jalan Kota Bharu- Machang-Gerik, Kelantan pagi Jumaat.

Dalam kejadian jam 11.11 pagi itu, dua mangsa berumur 17 tahun dari Kota Bharu dan seorang lagi berumur 31 tahun dari Jeli maut manakala seorang lagi penunggang motosikal berumur 17 tahun dari Jeli pula mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin ketika dihubungi berkata, pemandu kereta dari Gua Musang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kereta yang dipandu dipercayai dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menghala ke Jeli.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta itu dipercayai membuat pusingan U sebelum salah seorang mangsa yang menunggang motosikal merempuh kenderaannya.

"Kemudian datang dua lagi motosikal melanggar kenderaan yang sama," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kemalangan, Jeli, maut, motosikal, pusingan U