Caruman Perkeso lindungi pekerja semasa pandemik


  • Primer
  • Sabtu, 11 Sep 2021

PERKESO meminta semua pekerja mencarum secara bulanan demi memastikan mereka dilindungi terutama semasa pandemik Covid-19.

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) meminta semua pekerja untuk membuat caruman bulanan demi memastikan mereka dilindungi terutamanya semasa pandemik Covid-19.

Mengambil contoh insiden yang menimpa seorang kakitangan Star Media Group, Bannet Ankiah baru-baru ini, Perkeso berkata, Skuad Penyayang mereka telah mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bannet dan seterusnya menyalurkan bantuan RM2,000 kepada keluarga bagi membantu urusan pengebumian mendiang.

Bennet, 58 meninggal dunia pada usia 58 tahun pada Selasa setelah lebih sebulan bertarung nyawa disebabkan jangkitan Covid-19.

"Isterinya bersyukur dan dia tidak menyangka akan mendapat bantuan dari Perkeso. Selain itu, keluarganya juga layak mendapat pencennya.

"Oleh itu, kami mendesak semua pekerja di negara ini untuk membuat caruman kepada Perkeso agar mereka dan keluarga boleh dilindungi.

"Kami di Perkeso Selangor menjaga semua penyumbang kami yang terkesan akibat pandemik ini," ujar Perkeso.

Pada akhir bulan Julai lalu, Bannet dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) namun dia akhirnya meninggal dunia setelah lebih sebulan bertarung nyawa.

Mendiang meninggalkan ibunya Sarah Tanimalai; balu, Agnes Vathumalai serta tiga anak - Jazeel, Neysha dan Naomi, masing-masing berusia 10, 14 dan 20 tahun.The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram