KERUGIAN mencecah hingga RM 3 juta, itu merupakan nasib yang menimpa pengusaha institut memandu di negara ini susulan arahan penutupan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Pengarah Manducekap Hi-Tec Sdn Bhd, E Vennarajan Ellappan, pihaknya bukan sahaja menampung kos operasi yang tinggi tetapi menangguhkan latihan ratusan calon yang sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen memandu.
"Kami berdepan dengan tekanan untuk menampung komitmen seperti perlu membayar ansuran kereta dan gaji kakitangan termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso).
"Itu belum termasuk Cukai dan sewa tanah juga masih perlu dibayar," katanya.
Tambahnya lagi, anggaran kos yang perlu ditanggung mencecah kira-kira RM200,000 setiap bulan.
Sementara itu seorang lagi Pengurus Besar Pusat Latihan Memandu Shah Bandar Sdn Bhd, Samuel B J Tan memberitahu, pihaknya sudah menanggung kerugian hampir RM3 juta disebabkan dua kali arahan penutupan operasi dikeluarkan terhadap institut memandu di seluruh negara.
Jelasnya, pihaknya sudah menanggung kerugian hampir RM3 juta disebabkan dua kali arahan penutupan operasi dikeluarkan terhadap institut memandu di seluruh negara.
"Pada PKP 2.0 sahaja, kita kerugian hampir RM800,000 sebulan. Sewa tapak seluas kira-kira dua hektar sudah cecah RM50,000. Tak termasuk pembayaran gaji, ansuran kereta dan motor serta penyelenggaraan.
"Meskipun bantuan kerajaan sedikit sebanyak membantu membayar gaji pekerjanya, namun jumlah tersebut masih tidak mencukupi untuk meringankan beban ditanggung," ujarnya.
Tambah Samuel lagi, Program Subsidi Upah Perkeso hanya memberikan RM 600 kepada setiap pekerja RM600 (untuk seorang pekerja) dan ia masih tidak mencukupi untuk menampung 85 kakitangan di bawah syarikatnya.
Dia juga terpaksa menangguh urusan 400 calon yang mendaftar untuk mengambil lesen di bawah syarikatnya.
Vennarajan dan Samuel berharap agar berharap agar kerajaan kembali membenarkan pembukaan operasi institut memandu secepat mungkin.
Jelas Vennarajan, pihaknya bersedia mengikut segala SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk melengkapkan vaksinasi Covid-19 kepada semua staf dan tenaga pengajar.
“Kita tidak ada masalah untuk mengikut SOP ditetapkan MKN.
"Selain semua staf sudah melengkapkan dua dos vaksin, persediaan lain seperti alatan untuk cek suhu dan penjarakan fizikal pun kita sudah lakukan sebelum ini.
“Jika MKN mahu menambah baik, pun bagus. Tidak ada masalah,” luahnya.
Terdahulu, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar memaklumkan bahawa penutupan sektor tersebut telah menjejaskan sebanyak 231 institut memandu seluruh negara pada Sabtu.
Jumlah itu juga menjejaskan kira-kira 20,000 pekerja dengan kerugian hampir RM430 juta dalam tempoh dua tahun.
Kata beliau, penutupan institut memandu bagi tempoh yang panjang akan mengakibatkan pemberhentian pekerja termasuk kemungkinan ada institut memandu terpaksa ditutup buat selamanya. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram