APABILA Amerika Syarikat (AS) menakluki Afganistan pada tahun 2001, hampir 800 individu ditangkap, majoritinya dengan bantuan pemburu upahan.
Bekas Presiden AS, George W. Bush membuat keputusan untuk membuka satu pusat tahanan di Guantanamo Bay, di sebuah wilayah di Amerika yang terletak di Cuba.
Serangan Al-Qaeda pada 11 September 2001 yang menyebabkan kematian 3,000 insan tidak bersalah, membuatkan masyarakat dunia bersimpati akan nasib yang menimpa AS pada ketika itu.
Kesan serangan pengganas pada Bangunan World Trade Center pada 11 September 2001, (Kredit AFP/Alexandre Fuchs)
Pihak AS menuduh Taliban melindungi Osama Bin Laden dan kem latihan Al-Qaeda, justeru itu mereka menakluk Afghanistan.
Mereka menakluki Kabul dan melantik kerajaan yang pro kepada barat.
AS bagaimanapun gagal dalam usaha untuk menangkap Osama yang pada mulanya berselidung di Gua Tora Bora, Timur Afghanistan, sebelum melarikan diri ke Pakistan.
Namun AS berjaya menangkap hampir 770 individu yang didakwa mereka sebagai penganas Al-Qaeda.
Mengupah Pemburu Upahan
Sesetengah daripada mereka ditahan di Afghanistan, ada juga yang dijumpai di Utara Pakistan malah lebih jauh lagi, dan mereka ini ditangkap oleh pemburu upahan yang dijanjikan bayaran sebanyak ASD$5,000 (RM20,678) sekepala.
Rumah Putih tidak mahu membina penjara di Afghanistan, tapi mereka juga tidak ingin membawa pulang individu yang ditahan ini ke AS kerana mereka akan diberi hak untuk mendapatkan peguam dan hak asasi manusia yang lain.
Oleh itu, mereka mengambil satu tindakan yang luar biasa iaitu dengan menghantar tahanan tersebut ke beberapa lokasi rahsia atau "black sites" di negara-negara yang rapat dengan 20,678 seperti Mesir, Maghribi dan Poland.
Di sana mereka diseksa.
Satu memo rahsia yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman pada tahun 2002 menyenaraikan beberapa "teknik soal siasat yang lebih canggih" yang dibenarkan - tidak dibenarkan untuk tidur, ditampar, berdiri di dinding, serangga diletakkan dalam kotak kurungan, dan waterboarding, iaitu satu teknik yang mana sehelai kain akan diletakkan di muka tahanan dan air kemudiannya akan dicurahkan ke atas kain tersebut untuk menimbulkan rasa lemas.
Pelajar melakukan protes dengan melakukan demonstrasi bagaimana waterboarding dilakukan. (Kredit: Flickr/ Robin Kirk)
Keraguan mengenai maklumat yang dapat hasil seksaan yang dilakukan
Salah seorang tahanan, Ibn al-Shaykh al-Libi, selepas diseksa menggunakan teknik waterboarding di Mesir mendedahkan bahawa Saddam Hussein bekerjasama dengan Al-Qaeda.
Cebisan "intel" inilah yang digunakan Setiausaha AS, Colin Powell dalam ucapannya di United Nation untuk menyokong cadangan bagi menakluki Iraq.
Apabila ditanya kemudian, kenapa dia menipu, Ibn al-Shaykh dilaporkan memberitahu individu yang menangkapnya bahawa dia sengaja mereka cerita kenapa dia tahu maklumat tersebut akan membuatkan individu terbabit berhenti daripada menyeksanya.
Pada musim bunga 2002, Pentagon membangunkan Kem Delta, satu pusat tahanan di Guantanamo Bay, sebuah wilayah kecil di Cuba yang diberi kepada mereka sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mengakhiri Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898.
Memetik kata-kata peguam hak asasi manusia, Michael Paradis dalam dokumentari yang disiarkan di Netflix yang berjudul Turning Point, ia sama seperti "angkasa lepas".
Pentadbiran Bush berkata, tahanan ini akan melalui perbicaraan khas ketenteraan, yang tidak berlandaskan undang-undang AS.
Mahkamah Agung mengistiharkan bahawa perbicaraan ketenteraan tidak sah
Pada tahun 2006, Mahkamah Agung AS mengatakan bahawa perbicaraan ketenteraan ini tidak sah, namun pentadbiran Bush membalas kenyataan terbabit dengan senarai undang-undang yang membenarkan mereka untuk berbuat demikian.
Pentadbiran Bush akhirnya membebaskan 532 tahanan, manakala Obama - individu yang berjanji untuk menutup Guantanamo Bay apabila dia dilantik sebagai presiden pada Januari 2009 - membebaskan 197 tahanan.
Sebilangan besar tahanan yang dibebaskan dihantar kembali ke negara mereka - seperti Moazzam Begg dan Feroz Abbasi, yang kedua-duanya dihantar pulang ke Britain dan tidak pernah didakwa atas apa-apa kesalahan.
Hanya sebilangan kecil tahanan yang melalui perbicaraan di AS.
Ahmed Ghailani - yang merupakan salah seorang daripada 14 individu yang diklasifikasikan sebagai "tahanan bernilai tinggi" - dibicarakan di Mahkamah Persekutuan New York City dan kini menjalani hukuman di sebuah penjara di Colorado, selepas disabitkan atas kesalahan mengebom kedutaan AS di Tanzania pada tahun 1998.
Pada tahun 2018, Donald Trump - yang membebaskan seorang tahanan dari Guantanamo setelah empat tahun memegang jawatan sebagai Presiden AS - menandatangani perintah eksekutif untuk memastikan penjara tersebut tetap dibuka serta mengarahkan Pentagon untuk "memeriksa semula" dasar penahanan tentera.
Siapa antara 39 orang tahanan yang tinggal?
Setakat 9 September 2021, ada lagi 31 tahanan yang tinggal di Guantanamo.
Ini termasuk dua orang rakyat Malaysia, Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin yang didakwa terlibat dalam insiden serangan pengganas di Bali, Indonesia pada November 2002 serta di Jakarta pada 2003.
Mereka dikatakan terbabit dengan serangan bom di sebuah kelab di Bali yang mengakibatkan 202 orang maut, dan satu lagi serangan bom di Hotel JW Marriott yang mengakibatkan 12 orang maut.
Mohammed Nazir dan Mohammed Farik didakwa terlibat dalam insiden serangan pengganas di Bali pada November 2002 serta di Jakarta pada 2003.
Selain itu, individu lain yang masih ditahan di Guantanamo adalah Khalid Sheikh Mohammed yang di tahan anggota polis Pakistan pada tahun 2003 kerana dipercayai menjadi dalang kepada serangan 9/11.
Pada tahun 2011 Jason Wright, yang dilantik sebagai military public defender kepada Khalid Sheikh Mohammed memberitahu dalam dokumentari yang disiarkan Netflix, Turning Point, bahawa Khalid pernah diseksa menggunakan teknik waterboarded sebanyak 183 kali dan dia tidak dibenarkan tidur selama 180 jam.
Khalid, kini berusia 57 tahun bakal dibicarakan pada bulan November ini dan jika disabitkan dibawah perbicaraan ketenteraan ini, dia bakal berdepan hukuman mati.
Jika disabitkan kesalahan Khalid bakal berdepan hukuman mati. (Kredit: AP)
Pada bulan Julai lalu, ketua pendakwaan telah meletakkan jawatan.
Dia mempunyai empat orang defendan dibawahnya - Walid bin Attash, Ammar al-Baluchi, Mustafa al Hawsawi dan Ramzi bin al-Shibh - yang kesemua mereka merupakan tahanan Guantanamo.
Mereka semua dituduh menjadi sebahagian daripada kumpulan Al-Qaeda yang menyusun rancangan serangan 9/11.
Ramzi didakwa sebagai teman rapat juruterbang Kapal Terbang 11, Mohammed Atta dan anggota utama sel Hamburg.
Majid Khan, yang bersetuju untuk membuat pengakuan bersyarat pada tahun 2012, dijangka menjadi saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan 9/11.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian Majid, yang ditahan di Pakistan pada tahun 2003, akan dibebaskan tahun depan.
Masih tiada tanda bahawa Guantanamo akan ditutup
Daripada 33 orang tahanan yang lain, ada diantara mereka yang telah dibenarkan untuk dibebaskan, manakala sebahagian yang lain berdepan dengan "penahanan tanpa batasan".
Pada bulan Mei 2021, Abdul Rahim Mohammed, seorang Yaman, dan dua orang warga Pakistan, Saifullah Paracha dan Abdul Rahim Ghulam Rabbani, disyorkan untuk dibebaskan oleh Presiden Joe Biden.
Seorang lagi individu keempat iaitu, Abdu Ali Sharqawi pula disyorkan untuk dibebaskan oleh Lembaga Kajian Berkala Camp Delta pada bulan Jun lepas.
Dua nama besar lain yang turut termasuk dalam senarai itu adalah Abu Faraj Al-Libi dan Abu Zubaydah.
Abu Faraj, 50, didakwa menjadi komando ketiga Al-Qaeda di antara tahun 2003 dan 2005. Tidak ada tarikh yang ditetapkan untuk perbicaraannya.
Abu Zubaydah, yang dilahirkan di Riyadh pada tahun 1971, dikatakan oleh CIA sebagai salah seorang leftenan utama Osama, namun dia kini dikatakan mengalami masalah mental, mungkin akibat daripada seksaan yang diterimanya. Dia tidak mungkin akan dibebaskan atau dibicarakan. - Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram