TINDAKAN peniaga tidak bertanggungjawab ‘menguasai’ lot parking di Taman Selayang Jaya, Selangor untuk dijadikan tapak jualan haram sejak beberapa bulan lalu akhirnya dikenakan tindakan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Menerusi satu muat naik Facebook pemilik akaun bernama Möfa Radzi, tindakan peniaga berkenaan jelas menganggu laluan di kawasan sekitar.
“Berbulan-bulan bermaharajalela kat parking. Hari ini semua kena angkut,” menurut keterangan yang dimuatnaik Möfa.
Posting itu tular dan telah dikongsi sebanyak 505 kali oleh pengguna Facebook lain.
Menerusi video dimuat naik, MPS dilihat merampas peralatan jualan dan menarik sebuah lori yang mungkin digunakan untuk mengisi bahan jualan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan peniaga berkenaan adalah warga tempatan atau pun warga asing.
Komen pada posting berkenaan seakan-akan beri bayangan yang aktiviti haram itu dikatakan dibuat oleh warga asing dan seakan dilakukan secara bebas tanpa ada pemantauan daripada pihak berkuasa.
Paling menghairankan, kawasan berkenaan juga dikatakan berhampiran dengan balai polis serta pejabat pihak berkuasa lain. - Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram