Sampah bertaburan, mentaliti kelas ketiga


  • Tular
  • Jumaat, 10 Sep 2021

KEADAAN sampah-sarap bertaburan angkara individu bermentaliti kelas ketiga. — Facebook

JIJIK dan mencacatkan pemandangan! Itulah situasi yang dapat dilihat menerusi gambar yang memaparkan keadaan sampah bertaburan yang dipercayai berlaku di sebuah taman rekreasi awam terletak di Shah Alam.

Menerusi hantaran gambar tersebut di Facebook, kelihatan tiga tong sampah berbeza lokasi telah sarat dengan muatan dan ia turut dikelilingi dengan bekas makanan dan minuman yang bertaburan.

Keadaan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah ia juga akan mengundang rasa kurang selesa selain risiko kepada para pengunjung taman tersebut.



Hantaran itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Farahin Marzuki mendakwa kejadian itu berlaku di Taman Rekreasi Tasik Shah Alam.

"Masih ada segelintir yang mundur akal fikirannya.

"Hari tu pergi tasik Shah Alam pun begini la kerosakan alam. Tong sampah ada di tepi, tapi berhamburan sampah.

"Konon datang nak tenangkan fikiran, tapi mata pula yang tak senang dan sakit melihat sampah macam tu rupa.

"Tapi Kak In cuba fikir, mungkin burung-burung datang bertenggek dan makan sisa makanan di tong sampah. Mungkin lepas ni kena sediakan tong sampah lebih banyak atau yang lebih besar," katanya.

Rata-rata pengguna Facebook kecewa dengan situasi yang berlaku kerana menganggap situasi itu mencerminkan tahap kesedaran pengunjung yang sangat rendah untuk menjaga alam sekitar.

"Ini menunjukkan warga berkenaan memiliki JERI (Jasmani Emosi Rohani Intelek) yang tidak seimbang," kata Khalid Ahmad Zahari.

"Walaupun dunia sudah moden, tapi situasi ini membuktikan masih ada dalam kalangan masyarakat tidak ada sivil..sedih," katanya.

Manakala Mohd Sabri Hamzah turut memberi pandangan bahawa pihak berkuasa perlu mendidik masyarakat untuk membawa pulang sampah untuk memastikan keadaan taman sentiasa bersih.

"Banyak negara telah melaksanakan take your garbage home untuk dibuang atau tujuan kitar semula.

"Dalam situasi begini, mungkin lebih praktikal didik masyarakat bawak balik sampah, jangan sediakan tong-tong kecil yang berisiko diselongkar atau sepahkan oleh haiwan-haiwan liar," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram