LIMA lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu hingga 24 September.
Kawasan yang terbabit adalah Kampung Lembah Permai, Kampung Desa Aman di Ranau, Sekolah Henry Gurney (Keningau), Taman Sungai Labuk (Beluran) dan Kampung Timug di Matunggong, Kudat.
Selain lokaliti di Sabah, Kampung Kuala Koyan di Lipis, Pahang turut dikenakan perintah sama.
“PKPD akan berkuatkuasa selama 14 hari bermula 11 September hingga 24 September,” kata Majlis Keselamatan Negara (MKN).
MKN berkata, PKPD di tujuh kawasan di Dungun, Terengganu juga akan dilanjutkan sehingga 24 September ini.
Tujuh kawasan itu ialah Paka town, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas.
Dalam perkembangan lain, MKN turut mengumumkan penamatkan PKPD di tiga lokaliti di Sabah.
Tiga lokaliti itu ialah Kampung Sungai Imam di Tawau, Kampung Paris 3 (Kinabatangan) dan Kampung Kapakaan (Keningau). - The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram