CUKAI import minyak sawit di India berkemungkinan diturunkan sebagai salah satu langkah menstabilkan harga minyak masak pengguna di peringkat tempatan.
Menurut laporan media, oenurunan duti semasa minyak sawit mentah (MSM), minyak kacang soya dan minyak bunga matahari sedang dipertimbangkan pihak kerajaan
Penurunan itu dianggarkan kepada 24.75 peratus daripada 30.25 peratus pada masa ini.
Jelas laporan itu lagi, ia merupakan langkah untuk menangani kadar inflasi makanan dan antara kaedah untuk memastikan harga kekal terkawal ketika musim perayaan.
"Inflasi pengguna india dijangka meningkat berikutan kenaikan kos bahan api pengangkutan serta harga minyak masak.,” kata media itu memetik sumber rasmi yang enggan dikenali.
Terdahulu, kerajaan menurunkan cukai import MSM kepada 10 peratus daripada 15 peratus bagi tempoh tiga bulan pada Jun.
Pengurangan duti berkaitan termasuk levi pertanian dan kebajikan sosial kepada 30.25 peratus daripada 35.75 peratus.
Pada bulan sama, kerajaan turut bertindak membenarkan import minyak sawit bertapis yang berkuat kuasa sehingga akhir Disember 2021.
Minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia merupakan penyumbang besar dari segi sumber import minyak masak india.
india mengimport sejumlah 13.35 juta tan minyak makan dengan 12.47 juta tan dihasilkan di peringkat domestik pada tahun fiskal 2020-21, demikian menurut Kementerian Pertanian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram