Thailand masih bebas varian Mu


  • Benua
  • Selasa, 07 Sep 2021

Dr Supakit Sirilak meminta rakyat Thailand tidak panik dan memberitahu pihaknya akan senantiasa pantau situasi itu. — Agensi

THAILAND masih bebas daripada varian Mu, kata Kementerian Kesihatan Awam negara jiran itu ketika mengulas tentang kebimbangan rakyat mengenai wabak yang didakwa kebal terhadap vaksin.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak berkata, varian Delta yang pertama kali dikesan di India telah merebak ke seluruh negara.

Menurutnya, data menunjukkan varian Delta mencatat 97.6 peratus kes Covid-19 di Bangkok dan 84.8 peratus kes di wilayah lain.

Beliau berkata, setakat ini varian C.1.2 belum dikesan di negara ini, varian yang telah mencatatkan sekurang-kurangnya tiga peratus daripada kes Covid-19 di Afrika Selatan.

"Tidak ada bukti yang disahkan mengenai kemampuan kedua-dua varian (varian Mu dan C.1.2) untuk merebak lebih cepat atau mengurangkan kecekapan vaksin Covid-19. Oleh itu, tidak perlu panik dan kami akan senantiasa pantau situasi itu," katanya, seperti dipetik Bangkok Post.

Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) akan memberi vaksin Covid-19 kepada warga Thailand berusia 12-18 tahun yang mempunyai masalah kesihatan, mulai 21 September. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram