'Jangan post gambar saya, nanti MSN warning'


  • Tular
  • Selasa, 07 Sep 2021

MOHD Raduan merupakan bekas pemenang lima pingat emas dalam Sukan Para ASEAN Manila 2005 dan Korat 2007.

PERNAH dijulang sebagai wira Malaysia apabila mewakili negara di peringkat antarabangsa, kini nasib salah seorang atlet paralimpik negara, Mohd Raduan Emeari bagaikan tidak dibela selepas terpaksa memerah keringat di sebuah stesen minyak untuk menyara hidup.

Seorang pengguna Twitter, Ezhar Ehsan pergi menemui bekas pemenang lima pingat emas dalam Sukan Para ASEAN Manila 2005 dan Korat 2007 itu di stesen minyak tempatnya bekerja.

"Seperti dijanjikan aku pergi cari insan hebat ni. Pernah dijulang satu ketika dulu tapi kini jadi pembantu pam minyak,"

Katanya, Mohd Raduan Emeari memintanya untuk tidak memuat naik gambar di Facebook kerana bimbang diberi amaran oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN).

“Abang jangan masuk FB ye, sebab nanti pegawai MSN call (telefon) dan warning (bagi amaran kepada) saya” kata Mohd Raduan kepada Ezhar.

Terdahulu, Ezhar dalam ciapannya berkata mahu mencari Mohd Riduan selepas seorang lagi pengguna Twitter Wan Arief Imran berkongsikan ciapan tentang bekas atlet itu.

Wan Arief

Ciapan yang dimuat naik oleh Wan Arief.



Rata-rata netizen berasa marah dan mengecam tindakan pegawai yang memberi amaran kepada atlet yang mempunyai masalah cerebral palsy itu.

Ciapan tersebut mendapat perhatian Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang kemudian pergi berjumpa atlet tersebut dan menghulurkan bantuan kepadanya.

"Mohd Raduan Emeari bekas atlet olahraga para sah ditawarkan tempat mengikuti Kursus Kemahiran & Asas Perniagaan.

"Inisiatif ini digerakkan untuk membantu para bekas atlet bangkit semula dalam usaha memulihkan kedudukan ekonomi di era norma baharu," ciap Yakeb pada Isnin.

Mohd Raduan pernah mewakili negara dalam Sukan Paralimpik Beijing 2008 dalam acara 100 meter lelaki kategori T36, menduduki tempat ketujuh dalam saingan akhir dengan catatan 12.64 saat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram