"Umpama membina istana pasir di pantai berombak" - Masih ramai tak peduli larangan merokok di premis makanan


  • Tular
  • Isnin, 06 Sep 2021

PEMILIK premis wajib meletakkan larangan merokok bermula 1 Januari 2020. — Agensi

LARANGAN merokok di premis makanan dilaksanakan oleh kerajaan bermula 1 Januari 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan, premis yang didapati tidak meletakkan larangan merokok, akan dikenakan kompaun sebanyak RM3000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Bagi mereka yang merokok, kompaun akan diberikan sebanyak RM250 hingga RM300 bergantung kepada jumlah kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun selepas dua tahun, larangan itu seolah-olah tidak pernah diwartakan sehingga mendorong seorang netizen Twitter, @ikarbertweet meluahkan keluhannya tentang sikap mereka yang dilihat 'selamba' melanggar larangan merokok di premis makanan dan tiada sebarang tindakan diambil terhadap golongan terbabit.

"Sekarang rules merokok kat kedai ni dah ditarik balik ke? Buat undang-undang tapi takde penguatkuasaan ni umpama membina istana pasir di pantai berombak. Tak guna," ujarnya.

Tular 3

Sumber - Twitter @ikarbertweet

Seorang pengguna Twitter, @KalitBin turut menyuarakan pandangan sama.

"Betul tu ramai hisap rokok di kedai dengan tak ada rasa malu atau bersalah. Undang ni sebenarnya bagus tapi gov (kerajaan) sekarang macam tak kisah, susah Malaysia nak ke hadapan kalau undang-undang macam ni pun buat tak kisah," menurutnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, @KelvinTanZY menyatakan sistem aduan yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak berfungsi dengan baik.

"Saya WhatsApp untuk report smoking pun tak ada response. Dah tag @Khairykj tanya sama ada peraturan ni masih wujud ke kerajaan dah tukar. Tak ada response. Relak je orang sekarang smoking eating kat restoran," katanya.

Jelas seorang pengguna Twitter, @UrghThisKhairul, perubahan tampuk pemerintahan kerajaan yang berubah turut menyebabkan undang-undang turut berubah.

"Kerajaan dah berubah. Undang-undang pun dah berubah. Tak kira baik atau buruk," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

rokok, premis, makanan, Twitter, larangan