Lagi kenyataan KJ dipertikai


  • Tular
  • Isnin, 06 Sep 2021

SEORANG jururawat melakukan suntikan dos pertama kepada penduduk Kampung Teluk Muruh, Lumut, Perak pada 29 Ogos lalu. — Gambar Hiasan/Bernama

SEORANG netizen meluahkan pandangannya berhubung kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang memaklumkan kadar vaksinasi di sesetengah kawasan sudah melebihi 100 peratus.

Menurut pengguna Twitter, @MambangStory, kadar vaksinasi itu adalah kurang tepat kerana terdapat 20 hingga 30 peratus kanak-kanak yang masih belum divaksin.

"Jangan sebut 100 peratus kadar vaksinasi apabila 20-30 populasi (baca: kanak-kanak) masih belum divaksin," katanya.

Tular 4

Sumber — Twitter @MambangStory

Kenyataan itu turut disokong oleh netizen lain.

Ujar seorang pengguna Twitter, @NormieSD, dia mendakwa statistik itu adalah peratusan yang mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi.

"Kan? Ini 100 peratus pun yang daftar. Negeri lain yang belum berkemudahan untnk daftar duduk daalm kategori mana.. Nampak cantik on paper tapi reality?

"I worry ini hanya sentimen untuk kutip percaya of a certain political side saja ini. To show a very good job is done, to divert dari benda yang serious tengah berlaku. But yet again!! Semoga usaha imuniti kelompok ni betul-betul sampai ke semua.. Cuba sedaya mampu," ujarnya.

Tambah @NormieSD, dia hanya mampu membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakan-rakan dan ahli keluarganya.

"Sebab itu geram sebenarnya bila orang duk asyik kata mari tengok vaccination rate. Ok fine. Vaccination rate kita every day ada progress baik.

"Tapi are we sure it does really reach the people? Orang kedai-kedai Acheh? Bibik itu? Orang yang bukan antivaxx tapi dia takut nak vax. Haa," katanya.

Seorang lagi pengguna, @CovidGraphs juga mempertikaikan kenyataan Khairy sama ada golongan pendatang asing tanpa izin turut termasuk dalam statistik berkenaan.

"Think clearly spelled out 100% vaccinated means adults only. Also incorrect by the way as conveniently forgetting the illegal immigrants walking around," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram