Video penangkapan Anwar Ibrahim kembali undang nostalgia


  • Tular
  • Isnin, 06 Sep 2021

ANWAR ditahan semasa melakukan siri jelajah seluruh negara di rumah beliau di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. — Twitter

SUNTINGAN video penahanan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 September 1998 kembali menarik perhatian netizen baru-baru ini.

Video yang dikongsi dalam satu hantaran berantai (thread) di laman sosial Twitter milik @PisauKarat itu memaparkan kejadian Anwar ditahan pasukan bertopeng ala komando yang menyerbu masuk rumah beliau di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Ketika itu, Anwar ditahan semasa melakukan siri jelajah seluruh negara atas tuduhan rasuah dan menghalang siasatan terhadap tuduhan liwat.



VIDEO penangkapan Anwar pada tahun 1998 dikongsi semula di Twitter.

Pada status berkenaan, Pisau Karat menulis, pada kejadian itu dia betul-betul berada di hadapan Anwar. Dia memaklumkan bahawa dia menyaksikan sendiri kejadian penahanan itu.

"Masa ni aku berada betul-betul di hadapan DSAI, belakang reporter yang ramai. Bila pasukan bertopeng ala komando pecah masuk rumah DSAI aku jelas dengar DsAI kata "rilex rilex rilex' kerana keadaan dalam rumah masa itu sudah mulai kecoh. Yang berbisik kat DSAI tu arwah Ruslan Kasim," tulisnya.

Dalam hantaran berantai itu turut menceritakan pengalamannya bersama Anwar.

Mendapat tontonan lebih 140,000 kali, video itu juga memperoleh lebih 2,000 tanda suka dan dikongsi semula lebih 1,000 kali.

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang melihat kejadian tersebut sebagai sejarah yang menyedihkan dan melahirkan rasa simpati terhadap kejadian itu.

Salah seorang pengguna Twitter, @HashimYussof menulis komen yang menyatakan kejadian itu merupakan permulaan kepada kebangkitan rakyat tidak kira usia dan bangsa.

"Masih terbayang peristiwa penangkapan,Siri jelajah DSAI ke seluruh negara, kebangkitan Rakyat tua muda dari semua bangsa," tulisnya.

Pemilik akaun @zilan_abu pula melahirkan rasa sedih atas cara penahanan Anwar.

"MasyaALLAH.seorang insan je.dia orang perlakukan BEGITU......bukan ADA senjata pun," komennya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Anwar, 1998, komando, penangkapan