Misi 100 hari vaksin remaja bawah 18 tahun bermula


  • Primer
  • Ahad, 05 Sep 2021

SETAKAT 3 September, sebanyak 35,841,103 dos vaksin di seluruh negara telah diberikan termasuk dos tunggal dan dua dos. — The Star

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin berharap agar seramai mungkin remaja menerima vaksinasi dalam tempoh 100 akan datang.

Jelas Khairy, beliau menyasarkan kesemua remaja telah melengkapkan vaksinasi mereka menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun hadapan.

"Sasaran (jumlah penerima) kita akan umumkan berdasarkan bekalan vaksin tetapi sudah pasti kita akan berikan vaksin kepada golongan ini.

"Ia bermula minggu depan di negeri Sarawak dahulu sebab mereka telah capai nilai ambang 80 peratus," katanya.

Sehingga 3 September, sebanyak 35,841,103 dos vaksin di seluruh negara telah diberikan termasuk dos tunggal dan dua dos.

JKJAV 1

Sumber — Facebook JKJAV

Ketika ditanya tentang sama ada sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan lagi sehingga semua pelajar menerima vaksinasi, Khairy berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan dengan Kementerian Pendidikan.

Sesi persekolahan dijangka akan dibuka semula secara berperingkat bermula Oktober.

Perancangan tersebut dimulai dengan sekolah-sekolah yang berada di negeri di bawah Fasa 2, 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Kami akan mengadakan perbincangan dan melakukan penilaian risiko berhubung perkara itu," ujar Khairy.

Setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk remaja berusia antara 12 dan 17 tahun.

Kementerian Kesihatan akan melaksanakan program imunisasi untuk remaja di pusat vaksinasi khas (PPV), klinik kesihatan dan program 'outreach' di sekolah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram