Kes harian turun sedikit, 19,057 jangkitan direkodkan


  • Primer
  • Sabtu, 04 Sep 2021

KES harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 19,057 kes pada Sabtu berbanding 19,378 pada Jumaat.

Penambahan itu menjadikan 1,824,439 kes secara keseluruhan.

Bagaimanapun, Selangor menunjukkan sedikit kenaikkan kepada 3,775 kes berbanding hanya 3,613 kes semalam.

Sarawak berada di tempat kedua kes tertinggi selepas merekodkan 2,723 kes diikuti Sabah (2,279), Johor (2,077), Pulau Pinang (1,558), Perak (1,450), Kelantan (1,434) dan Kedah (1,329).

Selain itu, Kuala Lumpur mencatatkan 711 kes disusuli Terengganu (605), Pahang (410), Melaka (338), Negeri Sembilan (242), Perlis (99), Putrajaya (18) dan Labuan (9). — Majoriti

Berita selanjutnya menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid, selangor, kkm, kes harian, kes terbaru