'Mangsa pertama ditemukan di tempat penumpang'


  • 112
  • Sabtu, 04 Sep 2021

BOMBA mengusung mayat mangsa yang sudah ditemui, seorang lagi masih gagal ditemui

KERETA dipenuhi pasir dan batu sungai!

Itu gambaran dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berhubung kejadian kereta Perodua Myvi tenggelam di sungai Kionsom, pada Jumaat.

Insiden itu sempatkan dirakamkan seorang pemandu lain yang memuat naik video kejadian di Facebook.

Operasi menyelamat yang dilakukan berjaya menemu kenderaan itu di dasar Sungai kionsom, Kampung Dambai pada jam 7.20 pagi.

Seorang daripada mangsa sudah pun berjaya ditemui manakala seorang lagi yang dipercayai pemandu masih belum dapat dikesan.

Ketua Operasi, Kenneth Willfred berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan jengkaut daripada syarikat pembinaan berhampiran sebelum berjaya mengeluarkan kereta dan mangsa pada pukul 11 pagi.

"Kita berdepan kesukaran ekoran kedudukan kereta yang terperangkap di dasar sungai selain dipenuhi pasir dan batu sungai.

"Sejurus kereta berjaya dibawa naik, kita menemui seorang mangsa lelaki dalam lingkungan 37 tahun di tempat duduk penumpang.

“Manakala seorang lagi mangsa dipercayai pemandu kereta Myvi itu masih hilang,” katanya.

Sebelum ini, kereta Perodua Myvi itu hanyut dalam arus deras ketika cuba melintas jambatan konkrit di Jalan Kionsom Lama.

Dalam masa sama, Kenneth berkata, pihaknya mengerahkan tiga kumpulan bagi meneruskan operas pencarian.

Kumpulan pertama akan melakukan gerakan mencari bermula di kawasan kenderaan itu mula dijumpai iaitu sekitar kawasan Kampung Dambai sehinggalah lokasi kejadian di Kampung Kionsom Lama.

Kumpulan kedua pula akan melakukan pencarian di dasar sungai kawasan Inanam Laut sehingga ke Kampung Dambai.

"Bagi kumpulan ketiga, mereka akan menggunakan bot aluminium untuk membuat pencarian menggunakan kaedah ‘surface searching’ bermula di kawasan sekitar lokasi ini hingga ke Yayasan Sabah,” katanya. – Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bomba, myvi, sabah