NAMA ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) banyak diperkatakan sejak beberapa minggu lalu selepas ketuanya membuat sesi penstriman langsung di Facebook untuk menyampaikan 'ajarannya'.
Tindakannya itu mengundang kecaman orang ramai terutamanya di media sosial kerana mereka menyifatkan kandungan yang disampaikan wanita berusia 39 tahun itu sebagai sesat dan terpesong daripada akidah Islam.
Wanita itu yang menggelar dirinya sebagai Sittah Annur sebelum ini membuat ramalan perkara yang bakal berlaku berdasarkan mimpinya termasuk Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.
Wanita terbabit juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan.
Bagaimanapun hasil maklumat orang awam, polis bertindak wanita itu di kediamannya di Shah Alam, pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata wanita berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 1.10 pagi dan pihaknya turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721 dan sepasang telekung putih.
Menurutnya suspek sebelum ini ada membuat laporan polis bagi menyatakan tidak pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau bertentangan dengan ajaran Islam serta menafikan semua tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.
"Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 7 Sept ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.
Basri berkata setakat ini polis menerima enam laporan berhubung isu sama yang dibuat di lima balai polis berasingan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram