Tok Mat lega tidak jadi menteri


  • Politik
  • Jumaat, 03 Sep 2021

​​​​​​​MOHAMAD Hassan (kiri) harap semua menteri jalani tugas dengan baik demi kebaikan rakyat. — AZHAR MAHFOF/The Star

TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan mengakui 'lega' apabila namanya tidak tersenarai sebagai menteri dalam Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menyatakan untuk memikul tugas sebagai menteri adalah bukan mudah terutamanya ketika negara berdepan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Jelas Mohamad, meskipun namanya dicadang untuk berada dalam jemaah menteri, beliau menegaskan itu hanyalah cadangan oleh pihak tertentu sahaja.

"Masing-masing punya cerita, saya rasa lega tiada dalam Kabinet pun, lagi saya rasa lega, bukan calang-calang dalam barisan Kabinet, dalam masa krisis ketika ini, bukan mudah," ujarnya.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, beliau akan terus menyokong kerajaan yang ada pada masa ini.

"Saya selaku orang nombor dua dalam parti, akan mendukung kerajaan. Yang penting kerajaan ini mesti didukung kuat oleh parti, untuk parti dapatkan kekuatan," jelas beliau lagi.

Mohamad turut berharap agar semua menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik serta memberi keutamaan terhadap usaha menangani krisis Covid-19 dan ekonomi.

"Dalam situasi krisis, tidak ada masa untuk berbulan madu atau berlengah-lengah lagi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mohamad Hasan, Tok Mat, menteri