PAS, Umno, Bersatu kekal bersama hingga PRU15


  • Politik
  • Khamis, 02 Sep 2021

TUAN Ibrahim Tuan Man mengulas tentang gabungan PAS, Umno dan Bersatu. — Bernama

HUBUNGAN antara tiga pemimpin parti PAS, Umno dan Bersatu masih berjalan baik walaupun tiada mesyuarat rasmi diadakan, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata kali terakhir perjumpaan semua pemimpin gabungan ketiga-tiga parti itu diadakan beberapa hari sebelum pembentukan kerajaan pada 17 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS, Umno dan Bersatu akan kekal bergabung sehingga Pilihan Raya Umum (PRU).

|"Pembentukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah hasil muafakat ketiga-tiga parti.

" Hubungan antara Umno dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) juga kekal utuh dan perbincangan antara pemimpin dua parti itu sering diadakan menerusi dalam talian.

"Selain perbincangan melalui dalam talian, perjumpaan juga kerap diadakan antara kedua-dua pemimpin, cuma mesyuarat secara rasmi belum boleh diadakan berikutan penularan pandemik Covid-19.

"Kita akan adakan mesyuarat secara rasmi MN dalam tempoh terdekat, tetapi tarikh sebenar belum ditetapkan," katanya pada satu sidang media.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada gabungan itu akan kekal selepas PRU15. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pas, umno, bersatu