Tidak boleh ajar bersemuka jika tolak vaksin


  • Primer
  • Jumaat, 03 Sep 2021

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata KPM akan mengeluarkan garis panduan mengenai tugasan guru-guru yang tidak divaksin.
MANA-mana guru yang menolak untuk divaksin Covid-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Jelasnya, ketetapan itu dibuat bagi memastikan ibu bapa yakin bahawa persekitaran sekolah selamat untuk anak-anak mereka.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga sedang mengadakan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan terhadap guru yang enggan mendapatkan vaksin ini.

"Sehingga kini, terdapat 2,500 guru di negara ini masih tidak divaksinkan dan sebanyak 96.7 peratus telah menerima sekurang-kurangya satu dos vaksin dan 85.26 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin,” katanya pada pada sidang media.

Radzi berkata selain tenaga pengajar dan kakitangan sekolah, pekerja perkhidmatan sokongan sekolah seperti pekerja kantin, pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan yang berada di sekolah juga wajib menjalani proses vaksinasi terlebih dahulu.

"Setakat ini sebanyak 73.71 peratus daripada pekerja perkhidmatan sokongan sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.43 peratus lagi sudah menerima satu dos suntikan vaksin,” katanya. — Majoriti.

KPM, Radzi Jidin, Perlis, guru, vaksin, Covid-19