MAS buka penerbangan ke Langkawi mulai 16 September


  • Bizz
  • Jumaat, 03 Sep 2021

KERAJAAN membenarkan sektor pelancongan dibuka di Langkawi bermula 16 September ini. — Facebook

INDIVIDU yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 kini boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke Langkawi bermula 16 September ini di bawah program gelembung perjalanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), tawaran itu dibuka selepas kerajaan membenarkan sektor pelancongan di Langkawi bermula tarikh yang sama.

Katanya ia merupakan titik permulaan untuk mengaktifkan semula pelancongan domestik, membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Malaysia Airlines ketika ini beroperasi empat kali sehari ke Langkawi dan akan menyesuaikan kapasiti untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu katanya Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan pada harga serendah RM89 semua dalam satu bersempena Hari Malaysia.

"Cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines, MHholidays menawarkan pakej perjalanan (tiket penerbangan dan penginapan hotel) dengan diskaun sehingga 50 peratus," katanya.

Maklumat tentang promosi Malaysia Airlines boleh didapati menerusi pautan ini.

MAG baru-baru mencapai kadar vaksinasi 100 peratus untuk semua juruterbang dan kru kabinnya, ia memberi jaminan dan ketenangan kepada para penumpangnya.

Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines telah meningkatkan protokol keselamatan dan kesihatannya di kawasan lapangan terbang dan di dalam pesawat seperti yang disarankan oleh Majlis Pasukan Petugas Pemulihan Penerbangan (CART) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja dilindungi.

Antara langkah-langkah diambil ialah pemakaian pelitup muka, melakukan kerja-kerja nyahkuman secara kerap dan penggantian awal penapis Udara Partikulat Berkecekapan Tinggi (HEPA) pesawat untuk memastikan sistem pengudaraan yang berkesan yang mampu menapis sebanyak 99.97 peratus mikroorganisma di dalam pesawat. — Majoriti

MAS, langkawi, vaksin lengkap