Tempoh perbaharui lesen, cukai jalan hingga 31 Disember


  • Primer
  • Jumaat, 03 Sep 2021

WEE Ka Siong mengulas tentang tempoh perbaharui cukai jalan dan lesen. — The Star

KEMENTERIAN Pengangkutan mengumumkan tarikh akhir pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember.

Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, orang ramai kini boleh berasa yakin bahawa tiada tindakan yang akan diambil oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis terhadap mereka yang mempunyai lesen memandu tamat tempoh.

“Pemandu kenderaan dengan cukai jalan yang sudah tamat tempoh harus memastikan bahawa insurans kenderaan mereka sah.

"Mereka mesti menunjukkan nota e-cover insurans mereka untuk diperiksa oleh pihak berkuasa," katanya pada sidang media pada Jumaat.

Ogos lalu, JPJ memberi amaran bahawa semua pengguna jalan raya mesti memperbaharui lesen mereka pada 30 September dan pemeriksaan pematuhan dan penguatkuasaan akan bermula dari 1 Oktober.

Lesen ini merangkumi Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Bermotor (LKM atau cukai jalan), Lesen Memandu Barang (GDL) dan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Kata Wee, bagi mangsa banjir di Yan, Kedah yang dokumen JPJ mereka telah musnah akan diberi penggantian secara percuma.

Dia berkata, bagaimanapun, mereka yang terlibat mesti membuat laporan polis terlebih dahulu dan membawa bersama dokumen berkenaan ke kaunter JPJ untuk pengesahan.

Bayaran gantian untuk lesen memandu adalah RM20, manakala cukai jalan kereta (RM50) dan motosikal (RM20). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram