Kempen jual kit ujian Covid-19 RM10 saja


  • Tular
  • Jumaat, 03 Sep 2021

SHU Qi jua 200 kit ujian kendiri Covid-19 dalam tempoh dua jam sahaja. — Twitter

AHLI Parlimen Kluang, Wong Shu Qi pada Khamis melancarkan kempen jualan kit ujian kendiri Covid-19 kepada orang ramai dengan harga hanya RM10 sahaja.

Menariknya, beliau memaklumkan sebanyak 200 unit kit berkenaan berjaya dijual dalam tempoh dua jam sahaja.

"Kami melancarkan kempen ini untuk membuktikan bahawa harga jualan kit itu boleh direndahkan dan lebih berpatutan sekiranya ada pihak yang sanggup berbuat demikian.

"Kami memberikan subsidi supaya keluarga B40 boleh membelinya. Harap kerajaan boleh bertindak pantas untuk membantu," jelasnya menerusi kicauan di Twitter.

Dalam pada itu, beberapa netizen meninggalkan komen di kicauan berkenaan.

Seorang pengguna Twitter, @LkkMatthias berkata: "Adakah anda mempunyai lebih banyak lagi untuk dijual?"

Seorang lagi pengguna Twitter, @@_lil berkata: "Apakah kos sebenar? Boleh kita rendahkan lagi? Mungkin RM5 atau kurang."

Menurut pengguna @ipohcmemalee, dia mahu Shu Qi memastikan kit yang dijual itu tidak dijual semula oleh pihak tertentu dengan harga lebih tinggi.

Pada Khamis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)mengumumkan harga siling kit ujian pantas Covid-19 ditetapkan pada RM19.90 untuk jualan runcit dan RM16 bagi harga borong bermula Ahad ini.

KKM juga mempertimbangkan untuk memberikan kit itu secara percuma kepada golongan B40. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram