Kepala air sekali lagi landa Titi Hayun


  • 112
  • Khamis, 02 Sep 2021

KESAN kemusnahan akibat fenomena kepala air di Yan, Kedah pada bulan lalu. — The Star
FENOMENA kepala air sekali lagi melanda kawasan rekreasi Titi Hayun, Yan.

Namun kejadian itu tidak mengakibatkan situasi buruk dan air dikatakan mula surut tidak lama selepas kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya mendapati kejadian itu tidak seteruk insiden pada 18 Ogos lalu namun pemantauan akan terus dilakukan.

"Pemantauan pada 2 petang tadi dilakukan berdasarkan penyebaran video menerusi laman media sosial mengenai kejadian kepala air yang berlaku di kawasan titi hayun," katanya.

Pada 18 Ogos lalu, negara digemparkan dengan penularan beberapa video berkaitan limpahan air yang berlaku tular di kawasan itu.

Insiden itu mengakibatkan enam maut dan ratusan rumah penduduk di beberapa kampung sekitar Yan dilanda banjir lumpur.

Kejadian itu juga turut menjejaskan kawasan di Merbok di daerah Kuala Muda. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan

Titi hayun, kepala air, kedah