Kaut untung jual slot temu janji pejabat agama


  • Tular
  • Rabu, 01 Sep 2021

TANGKAP layar perbualan WhatsApp berhubung pembelian slot temu janji di pejabat agama yang tular di media sosial. — Twitter

KETIKA musim pandemik Covid-19 ini, majoriti pasangan yang mahu berkahwin terpaksa melupakan atau menangguh terlebih dulu tarikh perkahwinan masing-masing disebabkan sekatan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Malah, kebanyakan pihak Jabatan Agama Islam Negeri juga terpaksa mengehadkan jumlah pasangan yang dibenarkan berkahwin pada satu-satu masa kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Namun, ada individu tidak bertanggungjawab didakwa cuba mengambil kesempatan dengan menjual slot temu janji dengan Pejabat Agama Islam daerah.

Seorang pengguna Twitter, @malissaali, memuat naik satu perbualan di WhatsApp yang menunjukkan slot temu janji tersebut dijual dengan harga RM50.

"Pejabat Agama kena look into this matter. Ada orang jual date temujanji dengan Pejabat Agama pada bakal pengantin yang terdesak nak submit borang. Easy money," ciapnya.

Perbualan yang tular menunjukkan slot temu janji bersama PAID dijual dengan harga RM50. Twitter

Katanya, terdapat kemungkinan slot-slot tersebut ditempah oleh individu yang mahu mengambil keuntungan dengan menjual semula kepada pasangan yang terdesak untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Hasil semakan Majoriti di laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kebanyakan slot temu janji bagi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sekitar Selangor sudah penuh pada September.

Slot temu janji di sebahagian PAID untuk Oktober juga sudah hampir penuh slot untuk ditempah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram