Had hutang negara bakal naik ke 65 peratus


  • Primer
  • Jumaat, 03 Sep 2021

TENGKU Zafrul mengulas tentang had statutori hutang negara.— Bernama

HAD statutori hutang perlu dinaikkan kepada 65 peratus daripada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Katanya buat masa ini nisbah hutang statutori kepada KDNK sebanyak 58 peratus dan angka itu boleh ditingkatkan berdasarkan komitmen yang dibuat oleh kerajaan untuk menyokong rakyat.

Menurut beliau, pihaknya percaya nisbah hutang kepada KDNK boleh meningkat melebihi 60 peratus menjelang akhir tahun.

"Sungguhpun jika kita melepasinya, ia adalah perubahan yang kecil, tetapi sekali lagi, kita perlu membawanya ke Parlimen untuk menaikkan had tersebut," katanya.

Tambah beliau lagi, Kementerian Kewangan (MOF) merancang untuk membentangkan perkara itu kepada Kabinet minggu depan.

"Kemudian kita akan membawanya ke Parlimen pada masa yang sesuai,” ujarnya.— Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram