'Sapa duk buat cerita lawak apa ini ustaz?'


  • Tular
  • Jumaat, 03 Sep 2021

KENYATAAN Shamsuri yang menafikan beliau sedang nazak. — Facebook

BERITA mengenai pendakwah terkemuka, Datuk Shamsuri Ahmad nazak, dinafikan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Menurut Shamsuri, keadaan kesihatannya adalah baik dan tidak mengalami sebarang penyakit.

"Mohon tidak ditularkan berita tidak benar tersebut. Semoga kita semua kekal sihat dan dipelihara Allah SWT daripada sebarang musibah dan penyakit," katanya.

Perkhabaran itu mendapat reaksi daripada netizen yang berang dengan berita palsu terbabit.

Seorang pengguna Facebook, Azy Zyana berkata: "Allahuakbar..Sapa duk buat cerita lawak apa ini ustaz. Semoga ustaz sihat-sihat sejahtera."

Seorang lagi pengguna, Abu Diyana turut menegur perkara sama.

"Sapa lah dok pi buat kerja viral, semoga Datuk dalam keadaan sihat walafiat dan dalam lindungan Allah SWT. Rindu kuliah Datuk," katanya.

Dalam pada itu, tulis seorang pengguna, Suhaila Abu Hassan, individu yang menyebarkan berita palsu itu berkemungkinan salah faham.

Sementara itu, seorang pengguna, Rosfadzillah Mohamed Yusof memohon maat atas hantarannya yang mengelirukan orang ramai.

"Assalamualaikum Ustaz,mohon maaf jika post saya mengenai Ustaz saya iaitu ustaz Shamsuri Shamsuddin menimbulkan kekeliruan kepada orang awam.Didoakan semoga ustaz terus sihat hendaknya dan mohon doakan ustaz saya diberi kesembuhan," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Shamsuri Ahmad, Facebook, nazak, pendakwah