Taliban bentuk kerajaan baharu Afghanistan


  • Benua
  • Khamis, 02 Sep 2021

SHER Abbas memberitahu kerajaan yang akan dibentuk pihak Taliban akan bersifat inklusif. — Agensi

PIHAK Taliban akan membentuk kerajaan baharu di Afghanistan dalam tempoh dua hari.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pejabat Politik Taliban di Qatar, Sher Abbas Stanekzai sambil menjelaskan bahawa kerajaan yang akan dibentuk itu akan bersifat inklusif.

Bagaimanapun, peranan wanita hanya akan ditempatkan pada posisi yang lebih rendah dan tidak akan berada di peringkat atasan.

Jelasnya lagi, pemimpin yang telah berkhidmat sepanjang pemerintahan dalam dua dekad sebelum ini juga tidak akan disenaraikan dalam kerajaan baharu.

Mengulas tentang insiden yang berlaku di lapangan terbang Kabul, Sher Abbas memberitahu, ia berpunca daripada kesilapan pengurusan pihak Amerika Syarikat.

"Kita akan memerlukan dana sebanyak ASD$30 juta (RM124.61 juta) untuk baik pulih kerosakan di lapangan terbang itu.

"Lapangan terbang akan siap untuk beroperasi semula dalam tempoh dua hari," katanya.

Berdasarkan maklumat media di sana, sebuah pesawat pesawat Qatar yang membawa juruteknik telah mendarat di Qabul pada Rabu.

Keadaan di lapangan terbang itu kini dikhabarkan dijaga rapi pihak Taliban dengan askar bersenjata yang memakai pakaian seragam Amerika Syarikat bertugas menjaga kawasan itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram