Misteri kubur tak ditenggelami banjir


  • Tular
  • Khamis, 02 Sep 2021

KUBUR seorang bekas Guru Besar masih berada dalam keadaan baik ketika banjir di Yan, Kedah baru-baru ini. — Facebook

BANJIR di daerah Yan, Kedah baru-baru ini bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk berdekatan, malah ada juga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai.

Media tempatan melaporkan, banjir berkenaan berpunca daripada fenomena kepala air.

Tatkala orang ramai bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dan harta benda mereka, lain pula ceritanya bagi sebuah kubur yang langsung tidak terjejas ketika bencana yang berlaku selama beberapa hari itu.

Menurut hantaran di laman Facebook Dr Zamri Zainulddin, kubur berkenaan adalah milik seorang Guru Besar yang telah bersara.

Yang Dipertua PAS Tanjong Karang itu menyifatkan, Allahyarham adalah seorang yang pendiam selain tidak pernah bercakap mengenai perihal orang lain.

“Bagi dia semua itu baik-baik belaka. Orang jahat pun dikata baik. Memang bersih hati dia. Al-Fatihah,” katanya.

Hantaran berkenaan mendapat perkongsian daripada pengguna Ila Zahila II, yang mengagumi kubur berkenaan masih dalam keadaan baik.

WhatsApp Image 2021-09-02 at 10.00.18 AM

Ila mengajak orang ramai perbaiki diri demi kebaikan di akhirat.

Ila berkata, sesiapa sahaja pasti seronok sekiranya kubur mereka berada dalam keadaan sedemikian.

Katanya, keadaan atau perihal sesebuah kubur juga adalah bayangan perihal pemilik semasa hidup di dunia.

“Jom kita perbaiki diri kita. Tak semudah diucap tapi menjadi mudah jika hati kita hanya bermatlamat menuju ke akhirat dan meletakkan dunia hanya landasan ke sana,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kubur, banjir, akhirat, yan, kedah,