MESEJ dari aplikasi WhatsApp seorang wanita yang dilema dengan tindakan suaminya yang melarang dia mengambil vaksin Covid-19 dan akan diceraikan sekiranya berbuat demikian, kini tular di media sosial.
Daripada perkongsian mesej itu, wanita tersebut mahukan mendapatkan kepastian sama ada terjatuh talak atau tidak kerana dia mengakui telah mengambil suntikan vaksin dos pertama tanpa pengetahuan suaminya memandangkan mereka adalah pasangan jarak jauh.
"Saya ada mengambil suntikan vaksin doa satu secara senyap-senyap kerana semua tidak mahu (divaksin). Kebetulan kami sekarang pasangan jarak jauh.
"Hari ini ketika berborak dengan suami tentang vaksin, dia melarang saya ambil vaksin. Jika asaya ambil juga, akan jatuh talak.
"Adakah ia dikira sudah jatuh talak?," katanya.
Hantaran yang dibuat pengguna Twitter yang dikenali sebagai @wafda.kamilen mengundang pelbagai pelbagai reaksi yang rata-ratanya tidak bersetuju dan bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita tersebut.
Malah ada yang mengatakan tindakan lelaki tersebut adalah bercanggah dengan hukum agama.
"Suami yang kuat pegangan agama bukan begini tindakannya, Betapa mudah lafaz taklik, semoga Allah balas sedihnya dan dipermudahkan urusan," kata Effieyy Syafieyy II.
"Jangan buat main dengan perkataan talak, lebih baik rujuk pejabat agama," kata Rozanis Mustapa.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram