Kit ujian kendiri Covid-19 percuma untuk B40


  • Primer
  • Khamis, 02 Sep 2021

KKM sedang meneroka pilihan pembelian secara pukal kit ujian kendiri Covid-19. — Bernama

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma untuk golongan B40.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya juga sedang meneroka pilihan pembelian secara pukal supaya kit tersebut dapat dijual dengan harga lebih murah.

"Kami juga akan meneroka pilihan pembelian pukal untuk menurunkan harganya jauh lebih rendah & juga mempertimbangkan kit percuma untuk keluarga B40," ciapnya menerusi Twitter pada Khamis.

Beliau sebelum itu mengumumkan harga siling kit ujian pantas Covid-19 ditetapkan pada RM19.90 untuk jualan runcit dan RM16 bagi harga borong bermula Ahad ini.

Buat masa ini, kit ujian berkenaan dijual pada harga RM39.90 seunit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram