KPLB, Keda bantu mangsa bencana di Kedah - Mahdzir Khalid


  • Primer
  • Rabu, 01 Sep 2021

MAHDZIR selepas Majlis Serah Tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar semalam. — Facebook

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini dalam usaha untuk menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana alam di Daerah Yan dan Daerah Sik, Kedah.

Menterinya. Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu kenyataan berkata, KPLB akan memanfaatkan peruntukan yang telah disediakan sebanyak RM3 juta untuk tujuan itu.

Jelas beliau. setakat ini KPLB telah membuat penilaian kerosakan melibatkan 40 buah rumah dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM 550,000.

"Usaha mengenalpasti kerosakan dan keperluan pembaikan rumah mangsa yang lain sedang giat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, jelas Mahdzir, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) turut menyalurkan peruntukan bagi buat mangsa bencana berkenaan.

Ujar beliau, pecahan peruntukan dari Keda melibatkan beberapa pecahan termasuk kewangan dan bantuan Skuad Prihatin (sukarelawan).

"Sumbangan sebanyak RM 10,000 akan diberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah selain peruntukan sebanyak RM 100,000 untuk bantuan barangan dan peralatan keperluan.

"Keda juga mengerah seramai 100 orang sukarelawan yang turun sebanyak 2 kali dalam membantu aktiviti pembersihan rumah yang terlibat dalam bencana," ujarnya.

Tambah beliau lagi, KPLB akan memastikan peruntukan ini digunakan untuk meringankan beban kepada penduduk yang terlibat.

Mahdzir juga mengucapkan takziah kepada mangsa yang kehilangan ahli keluarga disebabkan bencana berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mahdzir, bencana alam, Sik, Yan, KPLB, KEDA