"Nanti PRU 'konpom' kering"


  • Tular
  • Selasa, 31 Ogos 2021

Kejadian banjir di Jalan Besar Kampung Sungai Tua, Batu Caves, Selangor pada Selasa. — Facebook

"NANTI PRU konpom (pasti) kering," demikian luahan seorang netizen, Norliana Fuad terhadap isu jalan banjir di Gombak.

Dia mengulas tentang video tular di Facebook yang memaparkan kejadian banjir, didakwa berlaku di Jalan Besar Kampung Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.

Klip video yang dimuatnaik menerusi akaun Asal Gombak itu menunjukkan keadaan banjir air 'termenung' yang menenggelamkan kawasan jalan raya hingga menyebabkan ia tidak dapat dilalui semua kenderaan.

"Kejadian di Jalan Besar Kampung Sungai Tua sebelum persimpangan lampu isyarat dalam pukul 2.00 petang tadi, mungkin sekarang sudah surut sikit.

"Kalau mahu selamat, gunakan laluan alternatif," katanya.

Keadaan itu juga didakwa bukanlah kali pertama berlaku.

"Bila lah nak setel (selesai) masalah ni, asal hujan je air naik. Sebab redah air ni juga lah bumper kereta Admin jahanam hari tu," kata pengendali akaun itu.

Video klip tersebut telah mendapat lebih lima ribu jumlah tontonan dan 60 perkongsian di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram