Jalur Gemilang berkibar di bumi Gaza sempena Hari Merdeka


  • Tular
  • Selasa, 31 Ogos 2021

ANTARA Jalur Gemilang yang berkibar di bumi Palestin. — Facebook

HARI Kemerdekaan bukan sahaja diraikan oleh rakyat di negara ini, malah penduduk luar negara turut berkongsi rasa bangga dengan kebebasan yang dikecapi oleh Malaysia selama 64 tahun.

Menurut perkongsian video dimuat naik oleh bekas Setiausaha Perdana Menteri, Akmar Hisham Mokhles, penduduk di Gaza, Palestin mengibarkan bendera Malaysia di beberapa tiang di negara itu sempena Hari Kemerdekaan hari ini.

Sementara itu, beberapa netizen yang memberi respon pada video tersebut memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih atas hubungan baik antara Malaysia dan Palestin.

Pengguna Facebook, Idris Matamin yang memberi komen pada video berkenaan berkata, ia adalah petanda saudara seagama Islam yang sering mendoakan dan memberi sokongan moral buat rakyat Malaysia yang terus melawan musuh tidak terlihat.

“Semoga Allah selamanya merahmati hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

CT Hajara yang turut mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin berkata: “ Jika berbaik, inilah balasannya. Semoga saudara Islam kita kuat dan tidak mudah diganggu oleh Yahudi,”

template (14)

Antara komen-komen pujian netizen di Facebook.

Juliah Ibrahim menulis: “Masya Allah, Allahuakbar. Semoga Allah sentiasa Rahmati dan lindungi saudara-saudara Islam kita di Gaza dan seluruh Palestin. Amin,”

“Subnallah Allahuakbar semoga Allah merahmati negara Malaysia dan Islam kekal sebagai agama rasmi hingga di akhirnya, Amin,” doa Jamiah Mohd Yusof.

“Alhamdulillah, semoga bumi Palestine bebas dari segala bencana dan anasir-anasir jahat. Amin,” tulis Fahrul Rozi.

Sehingga kini, Malaysia dan Palestin mempunyai hubungan sangat baik termasuk Malaysia menyumbang dana kemanusiaan kepada negara yang diduduki negara haram Israel itu.

Malah, Malaysia juga kerap memberi sokongan moral dengan mengecam tindakan kejam Israel yang menindas Palestin.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk tetap tegas mempertahankan garis sempadan 'penyelesaian dua negara' berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram