VARIAN Delta Covid-19 berisiko melembapkan lagi pemulihan ekonomi berikutan syarikat dan pekerja masih tidak dibenarkan untuk bertugas di pejabat, kata AmBank Research.
Oleh itu, firma penyelidikan itu menyarankan kerajaan untuk mempergiatkan lagi usaha memerangi varian Delta Covid-19 untuk merangsang ekonomi dan perdagangan.
Kata firma itu, walaupun pemulihan masih berlaku meskipun pada masa ini pertumbuhan adalah perlahan.
"Pertumbuhan eksport adalah perlahan pada Julai iaitu 5.0 peratus tahun ke tahun berikutan penghantaran pembuatan yang perlahan disebabkan kemerosotan segmen elektrik dan elektronik (E&E) akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Kami jangkakan eksport tahun penuh 2021 akan meningkat 15 peratus, sebahagiannya disokong oleh asas rendah, menerima manfaat sebelum PKP 3.0 dan pengukuhan harga komoditi.
“Varian Delta dan gangguan rantaian bekalan serantau akan memanjangkan lagi kemerosotan pertumbuhan,” kata firma itu menerusi satu nota. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram