Lebih 14 juta lengkap dua dos vaksin Covid-19


  • Primer
  • Isnin, 30 Ogos 2021

JKJAV melaporkan seramai 14,648,590 individu dewasa lengkap dua dos vaksin di negara ini.

LEBIH 60 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter melaporkan, penerima individu dewasa lengkap dua dos vaksin mencapai 62.6 peratus atau lebih 14,648,590 dos telah diberikan.

Menerusi laporan tersebut, seramai 19,389,392 individu atau 82.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 34,027,548 dos.

Menurut JKJAV, 59.4 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala 44.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 302,804 dos dengan 142,186 merupakan dos pertama dan 160,618 adalah dos kedua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

vaksin, covid-19, JKAV, PICK