Datuk 'tauke teksi' diburu


HAKIM Rozilah Salleh mengeluarkan waran tangkap selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah kerana terlibat dalam satu kes rasuah.

SEORANG pemilik syarikat teksi bergelar Datuk kini menjadi buruan polis selepas mahkamah Sesyen Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes rasuah hari ini.

Arahan itu dikeluarkan Hakim Rozilah Salleh selepas menerima permohonan waran tangkap yang dilakukan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadhli Ab Wahab.

Prosiding terhadap tertuduh sebelum ini telah kerap tertangguh susulan dia dijangkiti wabak Covid-19.

Dia yang telah keluar dari hospital dan sedang berehat dengan sijil sakit yang dikeluarkan hospital.

Menurut Rozilah, waran tangkap berkenaan dikeluarkan kerana tertuduh gagal mematuhi pemberian masa selama dua minggu oleh mahkamah untuk serah diri.

Jelasnya, mahkamah mengeluarkan waran tangkap kerana prosedurnya kini berbeza.

“Sijil sakit tidak memadai dan mahkamah mahukan status kesihatan tertuduh yang terkini.

"Dia juga dikehendaki mengemaskini aplikasi MySejahtera, ” katanya.

Terdahulu, tertuduh yang berusia 55 tahun itu dimaklumkan untuk hadir ke mahkamah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Bagimanapun, lelaki berkenaan gagal hadir ke prosiding itu kerana dijangkiti Covid-19 pada 3 Ogos.

Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 7 hingga 11 Ogos.

Tertuduh juga kemudian dibebaskan dan mendapatkan rawatan di Hospital Prince Court pada 12 hingga 23 Ogos.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

mahkamah, waran, Datuk