Zahid Hamidi perlu rehat 4 minggu, hanya boleh duduk 40 minit


  • Prosiding
  • Khamis, 26 Ogos 2021

DR Mohd Shahir hadir ke mahkamah untuk menjelaskan keadaan Ahmad Zahid.

SEORANG doktor yang merawat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu mahkamah tinggi bahawa President Umno itu 'mungkin' boleh hadir ke mahkamah untuk proseding hujahan membabitkan kes rasuahnya pada 6 September ini.

Dr Mohd Shahir Anuar berkata demikian ketika menjawab soalan hakim Collin Lawrence Sequerah sama ada Ahmad Zahid cukup sihat untuk menghadiri prosiding terbabit.

Ahmad Zahid, 68 sebelum ini dimasukkan ke Avisena Specialist Hospital di Shah Alam akibat terjatuh.

Dr Mohd Shahir berkata Ahmad Zahid memerlukan tempoh masa empat minggu untuk pulih daripada prosedur intervensi kesakitan (pain intervention procedure) yang dilakukan semalam untuk meredakan kesakitan akibat slipped disc.

Ini menyebabkan Ahmad Zahid terlepas prosiding mahkamahnya pada Rabu (25 Ogos).

Sequerah: Adakah pesakit boleh hadir mahkamah dalam masa dua minggu lagi, dia perlu duduk tetapi beliau akan dibenarkan berehat.

Dr Mohd Shahir: Mungkin boleh, tetapi tidak boleh lebih 40 minit.

Doktor terbabit hadir ke mahkamah semalam selepas arahan subpoena dikeluarkan hakim yang memerlukannya untuk hadir bagi memberi penjelasan mengenai kesihatan Ahmad Zahid.

Menurut doktor, Ahmad Zahid memberitahu dirinya bahawa beliau terjatuh di bilik air pada 18 Ogos.

"Beliau mengalami sakit leher dan toraks yang teruk. Seperti yang saya nyatakan dalam laporan perubatan, beliau pernah mengalami cervical slipped disc sebelum ini dan menjalani pembedahan di Munich, German," kata Dr Mohd Shahir.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran bagaimanapun membangkitkan isu kehadiran Ahmad Zahid di Istana Negara pada 19 Ogos, sehari selepas kejadian tergelincir di bilik mandi seperti yang didakwanya.

Katanya Ahmad Zahid juga hadir ketika majlis angkat sumpah perdana menteri pada 21 Ogos.

Menurut pendakwa raya, beliau menonton majlis yang berlangsung hingga akhir, dan tertuduh dilihat duduk sekurang-kurangnya selama sejam.

"Kesakitannya tidak menghalang beliau memandu atau dipandu sehingga ke Istana Negara. Beliau duduk di sana sekurang-kurangnya sejam atau lebih sehingga penutup majlis.

"Kesakitannya itu tidak menghalangnya," katanya.

Namun demikian, Mohd. Shahir tidak bersetuju kerana sebagai doktor, beliau perlu mempercayai pesakit melainkan proses pengimejan resonans magnetik (MRI) tidak dilakukan terhadapnya.

Pada prosiding itu, pakar berkenaan turut memeriksa bangku kayu dalam kandang tertuduh dan berpendapat, kerusi itu tidak sesuai untuk diduduki oleh pesakit yang mengalami sakit belakang.

Mahkamah mengarahkan tarikh proseding hujah mahkamah pada 6 september di kekalkan.

Semalam, mahkamah sepatutnya mendengar penghujahan kes Ahmad Zahid, 68, yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram