Angka kes harian Covid-19 makin menjunam


  • Primer
  • Isnin, 30 Ogos 2021

ANGKA harian kes Covid-19 terus menunjukkan trend penurunan hari ini.

BILANGAN kes baharu Covid-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 19, 268 kes pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 1,725, 357 kes setakat ini.

Pada Ahad, 20,579 kes baharu Covid-19 direkodkan berbanding 22,597 kes yang dicatatkan pada Sabtu.

Selangor terus jadi ‘juara’ carta apabila mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,567 kes namun jumlah itu adalah kali pertama angka bawah 4,000 selepas kali terakhir pada 7 Julai lalu.

Sabah muncul negeri kedua terbanyak dengan mencatatkan 2,310 kes, diikuti Johor (2,265), Kedah (2,084), Sarawak (2,028) dan Pulau Pinang (1,780).

Kelantan pula merekodkan 1,308 kes disusuli Perak (1,144), Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395), Negeri Sembilan (269), Perlis (71), Putrajaya (41) dan Labuan (2).

Berita selanjutnya menyusul.....

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid, kkm, kes harian