
SEBANYAK 20,579 kes baharu Covid-19 direkodkan pada hari ini, sedikit menurun berbanding 22,597 kes yang dicatatkan semalam.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,706,089 kes setakat ini.
Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522) dan Johor (1,852).
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 285 kes kematian baharu direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 16,087 kes.
Jumlah pesakit sembuh pula adalah seramai 20,845 orang manakala 1,009 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 477 memerlukan alat bantuan pernafasan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram