Kadar jangkitan Covid-19 menurun ke paras 1.01


  • Primer
  • Ahad, 29 Ogos 2021

Dr Noor Hisham mengulas tentang kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia.— Bernama

KADAR kebolehjangkitan (Rt) dalam negara kini berada pada nilai 1.01 turun dari nilai terdahulu 1.02 yang kekal sejak 24 Ogos lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

"Sarawak mencatatkan Rt tertinggi pada nilai 1.23 diikuti Perlis pada 1.21 dan Sabah 1.18.

"Enam negeri mempunyai nilai Rt lebih rendah dari 1.0 antaranya Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya and Labuan," katanya.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Menerusi pengmuman laporan terkini Covid-19, Noor Hisham turut mengesahkan sebanyak 252 jumlah kematian akibat jangkitan pandemik itu dicatatkan semalam berbanding 339 kematian pada Jumaat lalu.

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 91 kes, disusuli Johor (46), Kuala Lumpur (26) dan Kedah (18).

"Terdapat 36 kluster baharu Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah kluster aktif dalam negara sebanyak 1,468," katanya yang mendedahkan 23 kluster wujud daripada tempat kerja yang menyumbang sebanyak 1,002 kes jangkitan.

Merujuk jumlah 22,597 kes jangkitan baharu yang dicatatkan semalam, beliau berkata, 97.9 peratus hanya melibatkan pesakit yang mengalami simptom yang lebih ringan iaitu katagori satu dan dua manakala selebihnya mengalami simptom yang lebih teruk iaitu katagori tiga, empat dan lima.

"Lebih atau 76.8 peratus daripada jumlah jangkitan iaitu 17,345 kes melibatkan mereka yang masih belum divaksin melibatkan mereka yang belum diberi vaksin atau belum menyelesaikan inokulasi mereka," katanya.

Jumlah kes Covid-19 yang aktif di negara ini kini berjumlah 268,548.

Sejumlah 19,492 telah pulih dan menjadikan jumlah keseluruhan terkumpul menjadi 1,401,160 atau kadar pemulihan 83.13 peratus.

Sebanyak 986 kes dirawat di unit perawatan intensif, dengan 451 memerlukan bantuan pernafasan.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram